Thursday, January 12, 2012 | By: vono man

sokong 100% MB Dato Ahmad Said

assalamualaikum... ganu nk korong sendri le taksir sendri le ye... org lenguh2 cr dana nk beli pemain import... die senang2 je ubah... politik ah beb.. kan ganu buke bekong die.. nk gune bukit jalil untuk game selangor... mane boleh... selangor team malaysia ke... selangor team dalam negara malaysia... bukan team malaysia...

pandai2 le korang fikir ye...

KONTROVERSI 'surat pekeliling' yang melibatkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) belum reda.

Semalam, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tampil menyuarakan rasa kesal dan tidak puas hatinya ekoran 'penderitaan' yang dialami pasukan bola sepak Terengganu gara-gara kekeliruan yang timbul dalam surat tersebut.

Dalam nada keras, Ahmad yang juga penyokong No. 1 Terengganu mengemukakan tiga pilihan kepada FAM dengan dua daripada syarat itu ialah meminta badan induk bola sepak negara itu membayar ganti rugi atau membenarkan dua pemain import yang telah ditandatangani Terengganu beraksi dalam Liga Super.

Bagaimanapun, syarat ketiga yang disuarakan Ahmad perlu diambil serius FAM apabila Menteri Besar itu mengancam akan menarik penyertaan Terengganu dan T-Team daripada beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M).

"Saya mewakili kerajaan negeri yang memberi peruntukan kepada pasukan dan kami telah berbincang dengan peguam berkaitan isu ini.

"Kita nak ingatkan FAM, kalau mereka salah, mereka kena akui dan kita boleh terima. Tetapi kita ada tiga pilihan sebab kerajaan negeri yang bertanggungjawab ke atas pasukan Terengganu," tegas Ahmad kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kuala Terengganu semalam.

Jelas Ahmad lagi, tiga pilihan atau syarat itu ialah membenarkan kedua-dua pemain import yang telah didaftar itu bermain dengan Terengganu dalam Liga M serta membayar ganti rugi.

"Situasi paling sukar kemungkinan besar kita akan tarik pasukan Terengganu serta T-Team dan tidak akan bertanding dalam Liga Malaysia," ujarnya lagi.

Ahmad yang melihat sendiri surat pekeliling bertarikh 23 Disember itu juga menjelaskan, dia tidak takut untuk digantung demi menjaga maruah bola sepak Terengganu.

Katanya, surat pekeliling itu secara jelas menyatakan yang Terengganu boleh mendaftar pemain import untuk beraksi dalam Liga M sebelum 9 Januari dan tanpa menyebut satupun perkara berkaitan Piala AFC.

"Nak gantung, gantung la...sebab FAM tidak bersikap profesional. Kita main bola untuk suka-suka dengan liga yang kita ada. Tetapi kalau sudah begini, ia memang tidak adil.

"Kamu (FAM) beri arahan, lepas itu silap dan kemudian kamu salahkan kami. Itu tidak adil namanya. Kecualilah jika mereka ego.

"Sebab itu pasukan Malaysia tidak berkembang sebab ada pegawai-pegawai yang macam ini yang bermain politik. Kita kata kita profesional tetapi sikap tidak profesional," ujarnya.

Jelas beliau lagi, jika perkara ini tidak diselesaikan dengan cara baik, pihaknya juga sedia mengambil tindakan undang-undang berdasarkan surat pekeliling itu.

"Saya nak tengok reaksi selepas kenyataan ini dan apa yang FAM akan buat. Lagipun, kita sudah panjangkan perkara ini ke pihak peguam dan kita ada hak untuk tuntut.

"Kita saman bukan nak dapat kepentingan pun, tapi kerajaan negeri terpaksa tanggung kerugian. Kalau kita nak tunggu pemain import bermain bulan April, buat apa kerajaan negeri nak bayar begitu sahaja," tegasnya lagi.

Sebelum ini, kontroversi membabitkan FAM dan PBSNT bermula apabila Terengganu menandatangani dua pemain import iaitu Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnieto dari Brazil berdasarkan surat pekeliling bertarikh 23 Disember yang dikeluarkan FAM kepada negeri itu.

Bagaimanapun, FAM kemudian mengesahkan yang PBSNT tidak boleh menggunakan khidmat pemain import itu pada awal musim ini memandangkan surat pekeliling itu hanya merujuk kepada kempen Piala AFC dan bukannya Liga M.

Sehari kemudian, FAM menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad kemudian telah memohon maaf ekoran kesilapan teknikal, namun tetap bertegas dua pemain import Terengganu itu tidak boleh beraksi dalam Liga M


SOKONG MB BESOR GANU DEMI SUKAN BOLA SEPAK GANU..........

0 comments:

kenangan kita

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers